Name:
Email Address:
Occupation
Have you register as a member of Herbalife in the past 2 years? Yes
No
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Create a web form here

Wednesday, October 17, 2012

Tudung half moon versi pija.

Saya suka buat tudung sendiri kerana kadang-kadang tudung yang berada di pasaran tidak menepati citarasa muka yg berbentuk bulat dan harga tak masuk akal?

Yelah kau nak pakai fesyen macam-macam ,nampak model pakai macam cantik tapi bila letak kat muka kau macam pelik. 

Suatu hari masa jalan-jalan di Aeon melaka seorang sahabat menyuruh saya membuat tudung half moon. apa tudung half moon? tak pernah dengar pun. lantas beliau menerangkan bla-bla-bla namun masih samar. Pulang ke bilik terus melayari internet dan hasilnya jumpa banyak tudung half moon yg cantik-cantik terutama half moon sakura.


credit to google
Ianya berbentuk 'D' ataupun separuh bulan. Jadi pada minggu lepas saya memaksa rakan-rakan untuk pergi ke Jakel. Misi pertama ialah mencari kain yang sesuai. Memandangkan kebanyakkannya menggunakan kain chiffon maka saya mula meng'usha' kain-kain di situ namun tiada yang berkenan di hati. Kemudian naik tingkat dua dan menarik nafas lega kerana ada kain yang lagi best iaitu georgette dan chiffon georgette. Kain ni lembut, sejuk dan memang terletak apabila dipakai.  


Ok dah tentukan warna kemudian saya membeli kain georgette sepanjang 1.5 meter*Jakel seremban lagi murah* tapi takpelah tenangkan hati mungkin lain kali boleh beli di sana. Bawa pulang kain tersebut dan mula memotong mengikut bentuk 'half mon sesuka hati pija'

Cadangannya disini saya ingin mengubah sedikit fungsi shawl kepada tudung. Maksudnya saya tidak memakai seperti shawl tetapi tudung biasa sahaja*macam tudung segi tiga lipat dua tu*. Hanya jahitan manik dan bentuknya sahaja half moon.

Jadi, lepas potong-alter-potong-alter-potong-alter inilah hasilnya..


Pandangan penuh


Pandangan kepala


Pandangan sisi


Pandangan dekat


Pandangan jauh

Alhamdulillah senang dibentuk dan tidak membawa masalah kepada saya,haha. Next project will be *siapkan tudung masz dan satu lagi half moon pija berwarna hitam supaya boleh pakai dengan mana-mana baju,wah!*

P/s : tudung masz mungkin menyusul selepas half moon,maaf.


update:
tudung halfmoon saya lagi.




9 comments:

Iffah Afeefah said...

nk beli je ngn ko half moon

Masz Mukhtar said...

kenapa tudung masz lepas half moon pulak? cis. cis. cis

nurulakmal said...

kelas kau pija....haks3 \(^__^)/

Anonymous said...

apa masalah dia bwk kt ko? ke typo?

Niena Farrah-Hana said...

cntek la pija.mn bljr?

Pija said...

nina: Terima kasih..tak belajar mana2 pun.belajar melalui pemerhatian heehehe

Anonymous said...

That is really attention-grabbing, You're an excessively skilled blogger. I've joined your rss feed and look forward to in the hunt
for extra of your wonderful post. Additionally, I have shared
your site in my social networks
Also visit my website - funnymariogames

Dina Scarf said...

salam..jika ade sesiapa yg berminat utk beli tudung half moon yg ready made, sila tengok blog ni http://dinascarf.blogspot.com/

Dina Scarf said...

Salam..jika ada sesiapa yg berminat utk membeli tudung half moon ready made, sila tengok blog ni http://dinascarf.blogspot.com/